• Al-Imam Muhammad bin Sirin, Imam besar dalam ilmu hadis, pernah meriwayatkan sebuah kisah: “Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, harga sebatang kurma pernah mencapai harga seribu dirham. Maka, seorang sahabat Nabi SAW, Usamah bin Zaid telah mengambil dan menebang sebatang pohon kurma dan mencabut umbutnya (yang lazat dan berlemak itu) lalu diberikan kepada ibunya sebagai makanan. Orang ramai bertanya, “Kenapa kamu buat melakukan hal seperti itu padahal harga pokok kurma ini mencapai seribu dirham?!” Usamah menjawab, “Jika ibuku mengkehendaki sesuatu yang aku mampu dapatkan, pasti aku akan dapatkan untuknya!”
• Saudara perempuan kepada al-Imam Muhammad bin Sirin, Hafsah bin Sirin pernah menceritakan bahawa, “Apabila Muhammad bertemu dengan ibunya, beliau tidak pernah berbicara dengan suara yang keras demi menghormati ibunya.”
• Ibnu `Aun juga pernah meriwayatkan bahwa ada tetamu yang datang menemui Muhammad bin Sirin di rumah ibunya.
