Adakah setiap makanan itu perlu di upload?

Maaf jika ada yang tersinggung.
Cukup-cukup lah upload gambar makanan di facebook dan instagram tanpa sebab (berniaga). 

Ustaz Uthman Daud pernah cerita, dia tengah jalan dengan para syeikh ketika itu di tempat restoran yang mewah dan menjadi tumpuan orang awam lalu lalang untuk menjamu selera. 

Lalu syeikh kata,
" Jika ada seribu orang lalu lalang tidak dapat nikmati seperti apa yang aku nikmati, apa nak jawab pada Tuhan ? "

Sebab itu syeikh lebih suka makan di dalam rumah sahaja. Jika di kedai sekalipun, syeikh pilih tempat paling terpencil dan tidak ada yang lalu lalang. 

Tapi kita sewenang-wenangnya every second upload. 

Bukan kita seorang je guna fb dan ig ya kawan.

Ada yang miskin
Ada yang kaya

Ada yang susah
Ada yang senang

Jangan lupa.

Mata, telinga, mulut, kaki, tangan, dan semua anggota akan 'berkata-kata' di hadapan Allah.

Sebab itu sahabat saya, International student (from Namibia) dia kata, orang islam banyak yang 'tanpa sedar' buat dosa di dalam laman sosial. 

Demi Tuhan.
Teguran ini untuk aku.

Dan semua.

0 comments:

Post a Comment