Bersangka baik lah dengan Allah

Siapa sangka gagal dalam peperiksaan beberapa kali rupanya Allah nak jadikan dia seseorang yang tak mudah putus asa dan berharap cuma pada Dia..

Siapa sangka Allah hantar belajar, jauh dari keluarga, rupanya Allah nak bagi kuat, supaya sentiasa berdikari..

Siapa sangka belajar sampai rasa pening, muntah, rupanya Allah nak persiapkan diri kita yang terbaik untuk ummah..

Siapa tahu jodoh muncul lambat kerana rupanya Allah nak hadiahkan perkahwinan yang panjang hingga ke syurga Allah..

Siapa tahu anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dari ibu bapanya sehingga dia dididik dengan sebaik-baiknya..

Siapa tahu sakit yang selalu menimpa mungkin rupanya itu cara Allah nak kita selalu ingat Dia dan tak lekang dibibir hanya menyebut nama Dia..

Siapa sangka setiap hari kena marah dalam pekerjaan rupanya Allah nak jadi kan kita orang hebat dan bersedia untuk membantu orang sepenuh hati..

Siapa tahu? Siapa sangka?

So taking a step back, it's quite obvious how beautiful Allah planned our lives isn't it?

Bersangka baik pada Allah.

Dia takkan pernah menzalimi hamba Nya.
Jika kita datang berjalan ke arah Dia, sesungguhnya Dia akan datang berlari ke arah kita. Hamba Allah yang sentiasa lemah, dan memerlukan pertolongan-Nya.

Allah is the most powerful. If He wants something to happen, He can do it easily. So, let's put our strong faith and trust in Allah,surely He will help us, anywhere and everywhere.

Have faith! :)

0 comments:

Post a Comment