Sebenarnya apa point utama korang ni wahai yang sikit-sikit nak upload gambar makanan di pesbuk?
" Alhamdulillah... Harini makan mekdy..."
" Alhamdulillah.. Harini makan chicken chop.."
Sebelum tu.. Ini adalah untuk yang upload gambar makanan tanpa sebab penting, yang upload gambar makanan untuk tujuan niaga itu lain cerita... Apa point utama korang nak upload segala bagai tu? Aku tanya soal point. Berikan hujah kau mengenainya.. Mampu? Mampu beri alasan munasabah?
Lagi satu... Apa yang nak kau banggakan sebenarnya? Kau nak tunjuk kat siapa? Nak orang kata kau kaya ke? Makan yang mewah-mewah saja?
Kau rasa diri kau sorang saja ke yang Allah beri nikmat ? Diri kau sorang saja ?. Bagaimana jika nikmat itu Allah tarik. Bagaimana?
Cuba tanya diri..
" Allah redha tak kalau aku upload gambar makanan, sedang saudaraku yang lain tak dapat merasai nikmat yang Allah beri padaku..."
" Allah redha tak? Nabi suka tak? "
Kau sedar atau tidak? Kau dah buat saudaramu yang lain ingin merasa nikmat yang Allah beri padamu.. Ya bagi kau.
" Eleh lantak dia lah. Bukan salah pun nak upload gambar makanan..."
Dan macam-macam lagi alasan pelik kau yang tak munsabah langsung bila di tegur..
Tidakkah kau punya sifat 'belas kasihan' terhadap saudaramu yang lain? Tak punya sifat 'serba salah' dalam diri?
Bukankah nabi meminta kita berkasih sayang sesama saudara?
Upload gambar makanan itu tanda kasih terhadap saudara ke? Hingga buat saudara lain ingin merasa nikmat yang sama sepertimu namun tak berkemampuan... Aku tanya jew.. Ples don be so siyes nah
Sungguh tak salah kau nak show up nikmat yang Allah beri. Tak salah. Tapi, jangan lupa ada insan yang tak merasa nikmat yang kau ada..
Aku tak kata haram kau nak upload gambar makanan kau di fb. Tapi sekadar nak aku dan diri kau muhasabah diri bersama...
Penting lagi perlu ke? Upload gambar makanan di fb. Tahu tak? Budak pondok kadang tak makan langsung. Kalau kata nak makan ayam fuh jarang sekali.. Dapat makan pun time balik rumah je..
Renung guna hati, bukan nafsu yang melulu, akal yang singkat.
Akhir bicaraku.. Aku tinggalkan sepotong hadis nabi. Nabi yang kau mengaku cinta padanya.. Mengikut perjalanan dakwah nabi. Mahukan syafaat nabi di Padang masyar kelak nanti..
Tapi tanpa sedar, kau telah menghancurkan hati nabi melalui perbuatan diri sendiri..
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW berdabda:
" Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri..." (Hadis riwayat bukhari)
Last but not last. Apa erti cinta saudara sendiri?
Erti cinta.. Kau mengajak dia dekat kepada Allah.. Menegur salah silap dia.. Tak ambil kesempatan atas dirinya.. Tak mencelakan dirinya.. Take menyakiti dirinya.. Dan lain-lain...
Maaf atas segala khilaf..
May Allah bless all of us.
-abangsyerban
Penulisjahiliyahtojannah

0 comments:
Post a Comment