Rutin harian biasa setakat ini, saya melangkah keluar berseorangan seperti biasa kemudian melintas jalan.Berjalan sambil pasang earphone di telinga.
Dalam berjalan tu, tiba-tiba terasa kepala seperti berpusing hebat. Mungkin kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Teruskan juga berjalan. Tapi rasa dunia seperti berputar. Tak nampak apa dah.
Berhenti kejap di tepi jalan.
Tiba-tiba pula hujan turun dengan lebatnya. Saya memang terlupa membawa payung. Hujan yang pada mulanya hanya menitis perlahan tiba-tiba bertukar menjadi lebat. Bukan kebetulan. Terkejut saya. Habis lencun baju dan tudung yang saya pakai. Beg pun habis basah.
Teruskan juga berjalan. Nak berlari tak mungkin.
'Ya Allah, macam mana ni? Bantulah aku ya Allah' Doa dalam hati.
Teruskan juga berjalan sambil tunduk. Tak tengok orang lain dah, yang penting nak cepat sampai. Tengah bercakap sendiri tu, tiba-tiba ada kereta hon dan berhenti...
" Come in sister.." Jeritnya dari tempat duduk pemandu.
Lelaki?
" No..no thanks."
Dah malam. Tak sanggup pula naik kereta dengan lelaki. Terkaku saya di situ. Sementara hujan semakin menggila.
" No, never mind, I can walk. Thanks" Saya bertegas, berkira-kira nak melangkah.
" Come..there are two other sisters.." Dia jengukkan kepalanya keluar dari tingkap kereta. Bersungguh-sungguh meyakinkan saya.
Oh, baru perasan rupanya di belakang tempat duduk pemandu, ada dua orang perempuan lagi. Rasa serba salah nak naik sebab pakaian saya dah basah, lencun habis.
"Never mind, just come in.."
Saya dalam keadaan serba salah naik juga. Masa nak sampai, saya hulurkan sejumlah wang.
" No, no need sister."
Dia senyum kemudian berlalu pergi. Berkaca air mata, sambil mengucapkan syukur kepada Nya.Sekali lagi Allah menunjukkan kasih Nya. Allah sangat baik, Allah sangat pemurah dan pengasih. Di saat kita buntu, Dia selalu ada. Masya Allah.Tak terucap dengan dengan kata-kata.
Saya tidak kenal orang itu, cuma memang pernah nampak sebelum ini. Selalu juga nampak. Speechless. Mengalir air mata. Ya Allah..May Allah bless him.
Again and again, some people may called it being gentleman.Some people may called it courtesy. Some people may called it manner etc etc.
But I just call it, a simple act of kindness, and it does not need any big actions, just a simple act of kindness from each and people around us.
In the end, again and again perhaps Allah wanted to teach me something through him, that any little reminder from Allah is nothing too little. Cause if we were to die, any deeds, no matter insignificant or small they are, those deeds that we often take for granted are usually the ones that we wish we'd do more of.
After all, alhamdulillah for all His blessings in our lives.:)

0 comments:
Post a Comment