Berkata Iblis kepada Rasulullah ﷺ: “Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melambat-lambatkan solat. Setiap kali dia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya bahawa waktu masih ada, dan kamu masih sibuk, lalu dia menundanya sehingga dia melaksanakan solat diluar waktu, maka solat itu dipukulkannya ke mukanya. Jika dia berhasil mengalahkanku, aku biarkan dia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya, 'lihat kiri dan kananmu’, dia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku ucapkan ‘salatmu tidak sah.’ Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul?”
Jika dia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkan sebelum imam.
Kamu tahu bahawa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi kepala keldai. Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap ketika dalam solat. Jika dia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Lalu dia pun semakin taat padaku.”
Dipetik dari kitab Pengakuan-pengakuan Iblis kepada Rasulullah ﷺ karangan Imam Ibnu Arabi Rohimahullah

0 comments:
Post a Comment